Istilah dan Ciri-ciri Bon

Terdapat beberapa istilah dan ciri-ciri bon yang anda harus ketahui, seperti di bawah:

Nilai nominal (Nominal Value) – Jumlah yang dipersetujui oleh penerbit untuk dibayar kepada pemegang bon pada tempoh matang. Ini juga dipanggil sebagai nilai muka, nilai tara, nilai tebus atau nilai matang.

Kadar kupon (Coupon Rate) – Jumlah faedah yang akan diterima oleh pemegang bon secara berkala, juga dikenali sebagai bayaran  kupon.
Contohnya: Jika anda memiliki RM100,000 bon dengan kadar kupon 5%, bayaran faedah tahunan adalah: RM100,000 x 5% = RM5,000

Tempoh hingga matang (Duration) – Bilangan tahun atau tarikh apabila penerbit akan membayar balik pemegang bon pelaburan prinsipalnya.

Pemegang amanah (Trustee) – Pihak ketiga yang membuat surat amanah. Tugas pemegang amanah adalah untuk memastikan terma-terma dan syarat-syarat surat ikatan amanah dipatuhi.

Jenis penerbit (Issuer) – Jenis penerbit bon adalah aspek yang harus diutamakan apabila memilih bon untuk dilabur. Di Malaysia, jenis penerbit bon termasuklah kerajaan, bank-bank, institusi-institusi kewangan dan syarikat-syarikat.

Kadar hasil (Dividend yield) – Kadar diskaun atau kadar faedah yang pelabur bon inginkan daripada pelaburannya. Kadar hasil tidak sama dengan kadar kupon sesuatu bon.
Harga bon dinyatakan berkadaran dengan kadar hasil. Apabila kadar hasil meningkat, harga bon menurun dan sebaliknya.

Peruntukan panggilan (Call Option) – Memberi penerbit hak untuk membeli balik atau “call” bon daripada pemegang pada kadar yang dinyatakan dalam tempoh tertentu.

Dana terikat (sinking fund) – Dalam bon dana terikat,penerbit pada secara berkala akan mengasingkan wang untuk bayaran hutang pada akhir tempoh dana. Ini mungkin dinyatakan dalam surat ikatan amanah untuk melindungi pelabur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s