Apa Itu Bond?

Bond atau bon adalah pelaburan hutang dimana pelabur melaburkan wangnya kepada penerbit hutang iatu kerajaan, badan kerajaan mahupun syarikat.

Apabila anda melabur ke dalam bon, anda sebenarnya berperanan sebagai pemberi pinjaman wang kepada penerbit bon. Manakala penerbit  pula bertindak sebagai peminjam dengan membeli bon tersebut. Seterusnya, penerbit bon akan membayar faedah tetap kepada anda bagi sepanjang tempoh pinjaman dan memulangkan jumlah pokok yang dipinjam apabila matang.

Contohnya, sebuah syarikat memerlukan sejumlah wang yang amat besar untuk sesuatu projek dan cara yang paling mudah untuk mendapatkan dana tersebut adalah dengan meminjam wang. Syarikat-syarikat besar (malah kerajaan) perlu meminjam dana untuk membiayai projek tersebut tetapi jumlah dana yang diperlukan adalah lebih tinggi daripada apa yang boleh dipinjamkan bank. Maka cara yang paling sesuai untuk mendapatkan dana adalah dengan menerbitkan bon kepada orang ramai (pelabur).

Pelabur akan meminjamkan wang kepada syarikat-syarikat atau kerajaan ini dengan membeli bon yang diterbitkan. Selepas tempoh tertentu, syarikat akan membayar balik jumlah yang dipinjam. Sementara menunggu tempoh matang, syarikat akan membayar faedah kepada anda secara berkala dengan kadar faedah yang ditetapkan. Ini juga dikenali sebagai kupon.

Bon digunakan secara meluas di Malaysia oleh kerajaan mahupun pelbagai syarikat untuk mengumpulkan dana bagi pelbagai pembangunan mahupun projek yang mahu dijalankan.

Sesetengah bon korporat (dalam bentuk saham pinjaman) di Malaysia tersenarai di Bursa Malaysia. Namun kebanyakan instrumen adalah diterbitkan secara tawaran persendirian (“private placement”) dan didagangkan secara atas kaunter atau “over-the-counter”. Memandangan bon-bon ini diterbitkan tanpa prospektus, ia hanya boleh diterbitkan atau diberikan kepada sejumlah pelabur yang terhad seperti yang dinyatakan dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Sebagai contoh, bon-bon ini hanya boleh ditawarkan kepada pelabur individu dengan nilai bersih RM3 juta dan ke atas.

BACA LAGI:

Istilah Dan Ciri-ciri Bon

 Apakah Jenis-jenis Bon Yang Ada?

Siapakah Penerbit Bon Di Malaysia?

Perbezaan Bon dan Saham

Adakah Bon Bebas Dari Risiko?

Adakah Pelabur Dilindungi Jika Penerbit Bon Gagal Membayar Hutang?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s