Akta Syarikat 2016 berkuat kuasa 31 Januari

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menguatkuasakan Akta Syarikat 2016 pada 31 Januari ini bagi menggantikan Akta Syarikat 1965. Pengerusinya, Datuk Seri Jamil Salleh, berkata akta syarikat yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu bakal memberikan suntikan baru ke arah pemudahcaraan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Beliau berkata, inisiatif memodenkan kerangka perundangan korporat ini diharap dapat membudayakan semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat awam memandangkan terdapat pelbagai polisi yang bakal memberikan impak positif terhadap syarikat.

“Antaranya, pengenalan konsep penubuhan syarikat oleh seorang pemegang saham dan seorang pengarah adalah satu pemudahcaraan bagi memulakan perniagaan. “Di bawah akta baharu ini, terdapat pelbagai ‘deregulatory measures’ yang diperkenalkan untuk membolehkan syarikat beroperasi secara lebih efisien.

Sebagai contoh, mesyuarat agung tahunan tidak lagi perlu diadakan oleh syarikat persendirian, sebaliknya resolusi syarikat boleh dibuat melalui resolusi edaran sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jamil berkata, bagi tujuan melicinkan lagi pelaksanaan Akta Syarikat ini, Peraturan-Peraturan Syarikat 2017 juga akan dikuatkuasakan pada tarikh yang sama. Beliau berkata, peraturan itu menggariskan cara dan bagaimana syarikat membuat penyerah simpanan dokumen dengan SSM serta yuran yang berkaitan.

“SSM juga akan menguatkuasakan Akta Skim Kepentingan 2016 pada tarikh yang sama. Akta Skim Kepentingan ini adalah platform alternatif bagi pengumpulan dana oleh syarikat-syarikat melalui penawaran skim kepentingan kepada pihak awam,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman web http://www.ssm.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Akta Syarikat 2016, Peraturan-Peraturan Syarikat 2017 serta dokumen atau borang-borang yang perlu digunakan untuk tujuan penyerah simpanan dengan SSM.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s