Malaysia kekal teraju pasaran sukuk global pada 2016

KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan kedudukan utamanya dalam pasaran sukuk global, dengan 41.1 peratus daripada nilai AS$18.2 bilion (RM80.8 bilion) diterbitkan pada akhir Disember 2016, kata RAM Rating Services Bhd.

RAM, dalam terbitan terkininya ‘Sukuk Snapshot’, berkata meskipun menurun sedikit dan nilai ringgit yang lemah, sukuk Malaysia masih berjumlah sehingga AS$29.9 bilion (RM132.7 bilion) pada akhir 2016 berbanding AS$30.4 bilion (RM134.9 bilion) pada tahun sebelumnya.

Agensi penarafan itu berkata, selain Malaysia, penerbit utama lain adalah Indonesia (16.3 peratus, AS$11.9 bilion) dan Emiriah Arab Bersatu (10.9 peratus AS$7.9 bilion). Katanya, penerbitan sukuk yang lebih meluas dalam pasaran bukan teras juga mengukuhkan asas sukuk global kepada AS$72.9 bilion (RM323.6 bilion) pada akhir tahun lalu (akhir 2015: AS$63.4 bilion) dengan terbitan dari Turki (AS$5 bilion), Pakistan (AS$4.8 bilion) dan Bangladesh (AS$1.1 bilion). Sejumlah AS$18.2 bilion sukuk global diterbitkan pada suku keempat 2016.

Ketua Kewangan Islam RAM, Ruslena Ramli berkata, terbitan sukuk global mengatasi unjuran agensi itu pada anggaran AS$55 bilion-AS$65 bilion pada tahun lalu. ‘Sukuk Snapshot’ juga melaporkan sejumlah RM29.9 bilion sukuk domestik diterbitkan pada suku keempat 2016, membawa nilai terbitan RM129.4 bilion bagi tahun 2016.

Sektor perkhidmatan kewangan, prasarana dan utiliti kekal menjadi peneraju utama memacu prestasi yang lebih baik, yang mengatasi unjuran tahun penuh RAM pada RM100 bilion hingga RM120 bilion bagi pasaran mata wang tempatan. Nilai sukuk terkumpul juga meningkat kepada RM661.9 bilion pada akhir 2016 (akhir 2015: RM608.5 bilion), menyumbang 56.3 peratus daripada keseluruhan sekuriti hutang terkumpul pasaran Malaysia.

‘Sukuk Snapshot’ diterbitkan sebagai rujukan pantas bagi data dan trend sukuk yang bertujuan menyediakan keperluan pengamal pasaran untuk membolehkan mereka memantau perkembangan pasaran sukuk Malaysia dan global. – BERNAMA

SUMBERĀ : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s