Perbezaan Ordinary Share dan Preference Share

Perbezaan Ordinary Share (Saham Biasa) dan Preference Share (Saham Keutamaan) dapat dirumuskan seperti berikut:

Hak mengundi

Pemegang saham keutaman tidak mempunyai hak untuk mengundi di dalam sesebuah syarikat berbanding pemegang saham biasa mempunyai satu undi bagi setiap saham yang mereka miliki.

Walaubagaimanapun, selalunya pemegang saham keutaaman diberi pilihan untuk menukarkan status saham yang dimilikinya menjadi saham biasa. Venture Capitalist (Kapitalis Usahasama) sering menggunakan saham keutaaman untuk syarikat yang baru berkembang.

Saham keutamaan dapat digambarkan sebagai sebuah kombinasi hybrid diantara nota hutang (bond) dan sekuriti.

Tuntutan aset

Pemegang saham keutamaan mempunyai hak keutamaan yang lebih tinggi daripada pemegang saham biasa didalam penuntutan aset sesebuah syarikat jika sesebuah syarikat itu dibubarkan.

Dividend

Kadar dividen bagi pemegang saham keutamaan adalah tetap. Penerimaan dividen pula bergantung kepada jenis saham tersebut. Saham keutaamaan terbahagi kepada 2:

  1. Cumulative share (saham terkumpul)

Jika sesebuah syarikat gagal membayar dividen, jumlah itu masih terhutang pada masa hadapan.

  1. Non-cumulative share (saham tidak terkumpul)

Dividen akan hilang jika tidak dibayar.

Kadar dividen pemegang saham biasa pula bergantung kepada keuntungan syarikat dan kemungkinan tiada dividen dibayar kepada pemegang saham biasa jika kewangan syarikat tidak mengizinkan. Pemilik saham biasa juga tidak menpunyai hak untuk ke atas dividen tertunggak yang tidak dibayar oleh sesebuah syarikat.

Ciri-ciri Saham Biasa Saham Keutamaan
Hak mengundi dan penguasaan syarikat Mempunyai hak untuk mengundi dan  menguasai syarikat. Tiada hak mengundi dan tidak menguasai syarikat.
 Tuntutan atas aset syarikat jika syarikat dibubarkan Keutamaan tuntutan  lebih rendah dan boleh dibuat selepas tuntutan pemegang saham keutamaan. Diutamakan sebelum pemegang saham biasa.
Kadar dividen Tidak tetap dan bergantung kepada keuntungan syarikat. Tetap.
Pembayaran dividen Diterima selepas pembayaran kepada pemegang saham keutamaan. Dibayar dahulu sebelum pemegang saham biasa.
Tunggakan dividen Pemegang saham biasa tidak berhak ke atas dividen tahun-tahun lepas yang tidak dibayar oleh syarikat. Pemegang saham keutamaan berhak menerima dividen tertunggak.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s