Saham Biasa (Ordinary Share) merupakan pemilikan terhadap sesebuah syarikat. Pemegang saham biasa mempunyai hak undi di dalam sesebuah syarikat, di mana setiap pemegang mempunyai 1 hak undi bagi setiap saham yang dimiliki.
Pembayaran dividen terhadap pemegang saham biasa adalah bergantung kepada keadaan kewangan sesebuah syarikat dan berkemungkinan tidak menerima apa-apa dividen jika keadaan kewangan tidak mengizinkan.
Pemilikan saham biasa akan menunjukkan jumlah hak milik sesebuah syarikat, sama seperti pemilik-pemilik yang lain dan bergantung kepada peratus pemilikannnya.
BACA LAGI : PERBEZAAN ORDINARY SHARE DAN PREFERENCE SHARE