Pasaran modal Malaysia lebih kukuh menjelang 2050

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan, berharap pasaran modal Malaysia akan bertapak lebih kukuh dan maju menjelang tahun 2050, manakala kadar celik kewangan juga ketara khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Aspirasi saya menjelang 2050, (ialah supaya) pasaran Malaysia lebih kukuh, maju dan muncul pasaran serantau yang memberi peluang kepada syarikat dan pelabur mendapat akses modal dan pelaburan dengan mudah serta cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta berkongsi aspirasinya mengenai wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dilancarkan pada Jumaat lalu. Agenda TN50 yang diinspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah dasar masa depan yang melakar hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun akan datang selepas tahun 2020. Tajuddin turut menyifatkan TN50 sebagai “idea yang cemerlang”.

Merujuk sesi dialog Najib bersama anak muda mengenai TN50 itu, beliau berkata ia bukan sekadar satu platform yang baik untuk generasi alaf baharu berkongsi input dan pandangan mereka, tetapi juga cara terbaik memastikan ia dapat diterima serta menganggap program itu milik mereka.

“Saya rasa pelaksanaan (program) itu akan menjadi lebih mudah dan berkesan,” katanya. Tajuddin juga berharap semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda akan menjadi masyarakat menabung yang melangkaui simpanan asas kepada usaha mewujudkan kekayaan.

“Budaya menyimpan dan pemilikan modal sepatutnya dilengkapi dengan pengetahuan kewangan dan pelaburan kerana ia amat kritikal bagi memacu enjin pertumbuhan dalam mana-mana masyarakat sekalipun,” katanya. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s