Industri automotif wujudkan 25,850 pekerjaan tahun 2016

66CYBERJAYA: Daya tahan industri automotif Malaysia sepanjang tahun lalu di luar jangkaan terutama dari segi pekerjaan, penembusan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan eksport bahagian serta komponen.

Dalam sektor pembuatan, sebanyak 25,850 pekerjaan diwujudkan tahun lalu, meningkat 8.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 10,130 diwujudkan menerusi program Pembangunan Modal Insan Institut Automotif Malaysia (MAI) antaranya Pensijilan Kejuruteraan Industri Automotif (AICE) dan program Industry-Led Professional Certificate (IPC).

Kadar penembusan EEV domestik juga meningkat kepada 39.3 peratus setakat November 2016 berbanding 32.6 peratus pada 2015. Eksport bahagian dan komponen kenderaan juga berada dalam jajaran positif untuk mencapai sasaran 30,000 unit dengan setakat Jun 2016 sebanyak 15,603 unit berbanding setahun penuh 27,792 unit pada 2015.

Taklimat media mengenai prestasi 2016 dan prospek tahun ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari di sini, sebentar tadi.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s