TERAJU

Unit Peneraju Agenda Bumiputera atau dikenali TERAJU ditubuhkan oleh Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB)  dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 8 Februari 2011. Objektif  utama ialah menerajui, mengurus serta memacu inisiatif  bagi terus memperkukuhkan agenda pembangunan bumiputera selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

TERAJU merupakan sekretariat kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. TERAJU dipengerusikan oleh YB Senator Tan Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Fungsi dan peranan TERAJU

Bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, peranan TERAJU ditetapkan seperti berikut:

  1. Menerajui Agenda Bumiputera seperti yang digariskan dalam “Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera” selaras dengan Pelan Transformasi Negara lainnya, termasuklah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Strategic Reform Initiatives (SRI) merentasi kementerian dan sektor.
  2. Memacu pelaksanaan Agenda Bumiputera melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baru dan memperkenalkan pembaharuan kepada instrumen sedia ada.
  3. Menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan ekonomi Bumiputera melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Selaras dengan peranannya untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, TERAJU juga mengenalpasti, membangun dan menjadi pemudah cara untuk perlaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi atau “National Key Economic Area” (NKEA).

TERAJU terdiri daripada lima bahagian utama, setiap satu dipertanggungjawabkan untuk bidang berikut:

  1. Keusahawanan dan penciptaan kekayaan;
  2. Pembiayaan;
  3. Pendidikan dan Penggajian;
  4. Penilaian Institusi & Instrumen Polisi; dan
  5. Pengurusan Stakeholder

Sehingga kini, TERAJU menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan penciptaan nilai melebihi RM 77.56 bilion. Inisiatif ini dilaksanakan melalui pelbagai kementerian, sektor swasta, agensi-agensi kerajaan pelbagai peringkat dan Koridor Ekonomi.

Selain itu, TERAJU juga mengadakan kolaborasi dan menentukan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilaksanakan oleh GLIC / GLC melalui Khazanah Nasional Berhad yang menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s