Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), 2016-2020, merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

 Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020.

Susulan daripada pencapaian pembangunan yang cemerlang dalam tempoh separuh dekad yang lalu, RMK11 mengukuhkan lagi komitmen Kerajaan untuk mencapai pertumbuhan bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. RMK11 berteraskan prinsip “Bangsa Malaysia” yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat.

 RMK11 menggariskan 6 teras utama:

  1. Memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama

Inklusiviti sentiasa menjadi prinsip penting agenda pembangunan sosioekonomi negara dan matlamat utama Model Baru Ekonomi. Komitmen ini membolehkan hasil pembangunan dikongsi bersama dalam kalangan rakyat tanpa mengira gender, etnik, tahap sosioekonomi dan lokasi. Komitmen ini adalah berdasarkan keyakinan bahawa pembangunan inklusif bukan sahaja untuk meningkatkan kesejahteraan individu dan masyarakat, tetapi juga untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh bagi tempoh yang lebih panjang.

  1. Meningkatkan kesejahteraan rakyat

Kerajaan sentiasa melaksanakan pendekatan pembangunan yang seimbang dengan memberikan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kesejahteraan merujuk kepada taraf dan kualiti hidup yang memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal dan psikologi individu. Kesejahteraan adalah penting bagi meningkatkan produktiviti dan mobiliti sosial serta mengukuhkan kesepaduan sosial dan perpaduan nasional.

  1. Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju

Pembangunan modal insan merupakan pemboleh penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menyokong peralihan semua sektor kepada aktiviti berintensif pengetahuan. Pasaran buruh yang cekap dan berkesan perlu untuk menarik pelaburan bagi membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi dan mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi.

  1. Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan

Pertumbuhan hijau adalah pertumbuhan yang menggunakan sumber secara cekap, bersih dan berdaya tahan. Kerajaan terus komited untuk meneruskan pembangunan yang lebih mampan dengan beralih daripada trajektori pembangunan konvensional “grow first, clean-up later” yang berkos tinggi kepada pertumbuhan hijau bermula pada peringkat perancangan dan seterusnya peringkat pelaksanaan dan penilaian. Komitmen yang padu terhadap pertumbuhan hijau akan memastikan alam sekitar dan sumber asli negara yang bernilai kekal dipelihara dan dilindungi untuk generasi masa kini dan masa hadapan.

  1. Memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi

Pembangunan infrastruktur adalah penting bagi memastikan rakyat mempunyai akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan seperti pengangkutan, komunikasi, elektrik dan air bersih. Integrasi pelbagai mod pengangkutan yang lebih baik akan memudahkan pergerakan orang dan barangan dengan lebih lancar. Di samping itu, infrastruktur yang cekap dapat mengurangkan kos mengendalikan perniagaan, dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Oleh itu, infrastruktur yang baik menjadi asas kepada penyertaan sosial serta perkembangan dan pertumbuhan ekonomi.

  1. Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

Pertumbuhan ekonomi yang kukuh adalah penting bagi mencapai aspirasi negara maju. Ekonomi yang kukuh dan mempunyai sumber pertumbuhan yang pelbagai serta mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bernilai tinggi akan menjana pekerjaan bergaji tinggi selaras dengan ciri-ciri sebuah negara maju. Asas ekonomi perlu terus diperkukuh bagi membolehkan Malaysia berdaya tahan terhadap kejutan luar tanpa menjejaskan kemakmuran rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s