PTPTN tidak beri pinjaman penuh – Shamsul Anuar   

SUNGAI SIPUT 21 Ogos – Perbadanan Tabung Pendidikan Ting­gi Nasional (PTPTN) me­ngakui tidak dapat me­nawarkan pinjaman penuh kepada pelajar yang mendapat tempat di institusi pe­ngajian tinggi (IPT) berikutan kadar kutipan balik pinjaman pendidikan itu yang tidak mencapai sasaran.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, PTPTN menyasarkan kutipan balik pinjaman tahun lalu sebanyak RM15 bilion, namun hanya RM8 bi­lion sahaja dapat dikutip.

“Kutipan hasil sebenarnya meningkat disebabkan beberapa langkah antaranya penguatkuasaan namun sasaran utama kutipan semula belum dicapai.

“Daripada RM56 bi­lion yang kita dikeluarkan, sasaran yang sepatutnya dikutip semula adalah sebanyak RM15 bilion,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun.

Shamsul Anuar mengulas rungutan ibu bapa terutama golo­ngan berpendapatan rendah yang tidak berpuas hati berikutan pinjaman yang diberikan kepada anak yang mendapat tawaran menyambung pengajian tidak diberikan dalam jumlah penuh.

Menurut Shamsul Anuar, ekoran kutipan semula pinjaman yang tidak mencapai sasaran, PTPTN terpaksa membuat pemoto­ngan mulai sesi 2014 dengan hanya memberi pinjaman sebanyak 95 peratus bagi pelajar yang mendapat tawaran ke universiti awam.

Beliau berkata, pinjaman 85 peratus pula diberikan kepada pelajar yang mendapat tawaran memasuki IPT swasta.

Katanya, PTPTN sedar terhadap masalah yang hadapi oleh mereka yang terlibat namun berharap masyarakat dapat menyokong tindakan penguatkuasaan dalam mengutip semula bayaran pinjaman pelajaran.

“Ini bagi memastikan kedudukan kewangan PTPTN terus kukuh,” katanya.

SUMBER : Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: