Pembeli rumah pertama perlu elak beli kediaman pejabat

KUALA LUMPUR: Pembeli rumah kali pertama disaran tidak membeli unit SOVO, SOFO dan SOHO kerana kediaman seumpama itu tidak sesuai bagi mereka.

Perunding hartanah, Khalil Adis, berkata ini kerana pembeli unit berkenaan terpaksa membayar harga komersial yang lebih tinggi, jika mereka membeli unit terbabit. Katanya, pembeli rumah kali pertama juga tidak digalakkan membeli kediaman jenis suites kerana ia lebih sesuai untuk pembeli kali kedua dan seterusnya.

“Pembeli kali pertama mesti mencari hartanah kediaman yang dilindungi di bawah Akta Pembangunan Perumahan,” katanya. Beliau berkata demikian pada seminar pameran hartanah, MyRumah bertajuk ‘Tip dan Strategi Gen Y Membeli Rumah Kali Pertama di Selangor dan Kuala Lumpur’ di Balai Berita, di sini, hari ini.

MyRumah yang memasuki penganjuran Siri Ketiga diadakan di Public Space, Balai Berita NSTP, Bangsar selama tiga hari berakhir esok. Pameran bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Mengulas lanjut, Khalil berkata, pembeli rumah kali pertama sepatutnya mencari rumah paling mampu milik yang menyediakan ciri paling hebat bagi menjana pulangan nilai modal pelaburan.

“Malah, pembeli juga perlu memeriksa sendiri pembangunan induk, pemacu ekonomi dan peluang pekerjaan di kawasan sekitarnya. “Masalah di Malaysia, ialah pembeli membeli rumah berdasarkan kepada harga. Jika pembeli membeli di Bukit Beruntung, Selangor, harganya tidak akan naik, malah menurun,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalil berkata kira-kira 40 peratus pemohon pinjaman perumahan berdepan masalah permohonan ditolak oleh bank. Katanya, ini disebabkan peminjam khususnya Gen Y tidak membayar hutang kad kredit pada tepat masanya, selain tidak membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Masalah pemilikan rumah dalam kalangan generasi belia terutama lepasan pelajar yang meminjam PTPTN tidak akan selesai jika mereka tidak membayar hutang pinjaman. “Justeru, sama ada suka atau tidak, mereka perlu mendapatkan bimbingan serta maklumat sewajarnya daripada pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Info

  • SOHO adalah gabungan tempat tinggal dan tempat kerja
  • SOFO adalah unit kecil yang beri pilihan kepada pemilik sama ada menggunakan ruang rumah sebagai tempat tinggal atau tempat kerja
  • SOVO adalah pejabat yang siap dibina dan dilengkapi dengan sistem telekomunikasi dan infra untuk memulakan perniagaan

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s