Model kapitalisme Malaysia unik – Nor Yakcop

KUALA LUMPUR: Malaysia mengamalkan model kapitalisme yang unik dan bukan ortodoks dalam membangunkan ekonominya sejak merdeka yang mana ia disesuaikan dengan keadaan negara.

Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata dengan menekankan kepada unsur pragmatik, model kapitalisme ‘laissez-faire’ yang diguna pakai itu dilihat berjaya dalam mengembangkan ekonomi negara. Pada awal kemerdekaan, katanya, model kapitalisme ditumpukan kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata tanpa penumpuan terhadap pengagihan pertumbuhan ekonomi yang memperlihatkan keadaan kemiskinan tidak dapat dikurangkan.

Namun, beliau berkata, dengan dasar pragmatik yang diamalkan, perubahan dibuat menerusi pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dinikmati oleh semua lapisan rakyat. “Ternyata, pelaksanaan DEB berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini yang berada di paras 49.3 peratus pada 1970…hari ini ia sudah hampir sifar,” katanya ketika ditemui di Persidangan Antarabangsa Malaysia-Perancis di sini, hari ini.

Melangkah ke hadapan, Nor Mohamed percaya, jika Malaysia meneruskan dasar yang pragmatik, terbuka dan inovatif, model kapitalisme yang diguna pakai negara ini akan terus berjaya. “Model ini, sudah pastinya perlu disesuaikan apabila kita menghadapi keadaan yang berubah. Ia berjaya setakat ini dan saya tidak mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia tidak akan berjaya pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Mokhzani berkata, Persidangan Antarabangsa Malaysia-Perancis diadakan bagi membincangkan kapitalisme Malaysia dari segi perspektif perbandingan. Beliau berkata, persidangan itu juga menjadi platform dialog dan meningkatkan pemahaman dalam kalangan cendekiawan, penyelidik dan pengkritik dari kedua-dua negara mengenai perkara itu.

“Ia memberikan kami langkah berbeza untuk menganalisis pembangunan ekonomi kita dan menghubungkan penyelidikan yang kami lakukan dengan penyelidikan yang sama di Eropah. “Kami gembira dengan kerjasama yang berjaya ini dan kami berharap untuk mengadakan lebih banyak dialog antarabangsa pada masa akan datang,” katanya.

Info Persidangan Antarabangsa Malaysia-Perancis

  • ¬†Anjuran KRI bersama Kedutaan Perancis dan Pusat Universiti Malaysia-Perancis (MFUC)
  • Selama dua hari bermula semalam
  • Menjadi platform kepada 15 tokoh Malaysia dan ahli ekonomi Perancis untuk memberi penerangan mengenai kapitalisme dan isu semasa di Malaysia, serta lebih meluas dalam bidang ekonomi Asia.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s