Liberalisasi Sektor Kewangan

Sektor perkhidmatan kewangan merupakan komponen penting dalam ekonomi dan sumbangannya telah meningkat daripada 9.2% pada tahun 2000 kepada 11% pada tahun 2008. Dalam tempoh tiga tahun tersebut, sektor kewangan dan insurans telah berkembang sebanyak 8.8% setahun, mengatasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar sebanyak 6%. Terdapat lebih daripada 140,000 pekerja dalam sektor perbankan dan insurans di Malaysia.

Melangkah ke hadapan, sektor kewangan dijangka menjadi pendorong dan pemangkin pertumbuhan ekonomi yang lebih penting dalam peralihan Malaysia ke arah mencapai status ekonomi maju pada tahun 2020. Sektor kewangan dijangka memenuhi tuntutan ekonomi yang semakin bertambah dan memacu perubahan ekonomi ke fasa pembangunan seterusnya; menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan bertaraf dunia, yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi pada harga yang kompetitif; dan mempercepat pertumbuhan sektor ekonomi baharu termasuk aktiviti-aktiviti lain dalam sektor perkhidmatan.

Tujuan liberalisasi

  • Meningkatkan lagi hubungan Malaysia dengan ekonomi antarabangsa dan menggalakkan peningkatan integrasi ekonomi serantau;
  • Menyediakan akses kepada lebih banyak produk dan perkhidmatan kewangan bertaraf dunia untuk para peniaga dan pengguna;
  • Memperkukuh daya saing Malaysia dalam bidang kewangan Islam untuk menjadi hab kewangan Islam antarabangsa; dan
  • Mempromosikan Malaysia sebagai peneraju pusat perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar (shared services and outsourcing, SSO) global.

Langkah-langkah liberalisasi ini, yang akan dilaksanakan dari tahun 2009 hingga tahun 2012, adalah sejajar dengan inisiatif Kerajaan untuk menggalakkan perubahan struktur dalam ekonomi dan mempelbagaikan sumber pertumbuhan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Baca Lagi : Langkah-langkah Liberalisasi Ekonomi Negara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s