Ekovest jual 40 peratus kepentingan Kesturi kepada KWSP

KUALA LUMPUR: Ekovest Bhd menerusi anak syarikatnya, Nuzen Corporation Sdn Bhd menjual 40 peratus kepentingan dalam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (Kesturi) kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM1.13 bilion.

Kedua-dua pihak memeterai perjanjian pembelian jualan saham bersyarat (SSA) di sini hari ini. Apabila selesainya SSA itu, KWSP akan membayar RM921 juta tunai kepada Ekovest dan seterusnya RM209 juta akan dibayar oleh KWSP kepada Ekovest dalam bentuk tunai berikutan pengeluaran perakuan siap prakrikal Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) fasa kedua, yang mana RM149 juta akan dimasukkan ke dalam akaun yang ditetapkan faedah oleh Ekovest.

Hasil yang diperoleh daripada cadangan penjualan itu, Ekovest bercadang untuk memperuntukkan RM400 juta bagi pembayaran hutang, sehingga RM245 juta akan diagihkan kepada pemegang saham Ekovest , RM485 juta untuk modal kerja dan korporat umum dan lain-lain.Cadangan penjualan itu dijangka selesai separuh pertama 2017.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s