BR1M – CHEDET

1. Kritikan saya terhadap BR1M sebagai salah satu bentuk rasuah menyebabkan ramai yang kecewa dan marah.

2. Saya tetap katakan yang ianya satu bentuk rasuah. Ini jelas berdasarkan apa yang dikatakan seorang penduduk kampung.

3. Dianya berkata, “Saya akan sokong Najib kerana dia beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang.”

4. BR1M adalah wang Kerajaan. Jelas sekali ianya bertujuan mendapat undi rakyat untuk parti Kerajaan pada Pilihanraya ke-13 kerana manifesto Barisan Nasional pada pilihanraya tersebut menjanjikan jumlah BR1M yang lebih besar jika parti Kerajaan menang. Secara terang ianya berkenaan membeli undi daripada pengundi.

5. Jika bukan untuk membeli undi semasa pilihanraya, ianya tidak harus disebut di dalam manifesto BN.

6. Mana-mana Kerajaan di mana-mana negara bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat miskin. Kewangan diberikan untuk meringankan beban rakyat menganggur. Bantuan kewangan juga diberikan kepada rakyat miskin tetapi bukan sebagai penambahan kepada pendapatan mereka.

7. Tetapi BR1M dikatakan diberi kepada lebih tujuh juta rakyat dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan. Ini bermakna yang seseorang dengan pendapatan RM36,000 setahun menerima RM500 sebulan. Ia bukanlah bentuk bantuan yang bermakna bagi golongan ini.

8. Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan atau pendapatan yang kurang RM500 sebulan atau RM6,000 setahun mungkin akan menyambut baik lebihan RM500 sebulan. Tak banyak, tetapi boleh membeli sedikit bahan makanan.

9. Sekarang ianya akan ditambah menjadi RM1,200 setahun atau, RM100 sebulan. Tidak banyak, tetapi okey. Untuk seseorang yang bergaji RM3,000 sebulan, ianya masih sedikit.

10. Duit ini akan disalurkan melalui UMNO. Semestinya ianya percubaan untuk mempopularkan UMNO. Ini politik. Ianya menjadi rasuah apabila diedar hampir kepada tarikh pilihanraya. Ianya rasuah jika jumlah yang diberi ditambah dan dimasukkan dalam manifesto parti.

11. Ianya tdak menjadi rasuah jika wang tersebut diedar melalui pegawai Kerajaan atau kesemua ahli Parlimen tanpa mengira parti.

12. Tetapi bantuan ini terbatal dengan adanya GST dan penarikan semula pelbagai subsidi. Kos sara hidup meningkat lebih daripada jumlah BR1M. Bagi kebanyakan orang, GST mengambil lebih banyak daripada pendapatan mereka daripada jumlah yang diterima melalui BR1M.

13. Sekarang Ringgit telah susut nilainya lebih daripada 1 Ringgit daripada segi nilai kuasa membeli. Jadi seseorang yang memperoleh pendapatan RM500 sebulan hari ini, mempunyai kuasa membeli bernilai hanya RM355. Kesusutan nilai kuasa membeli disebabkan kejatuhan nilai Ringgit dan kenaikan kos sara hidup bermakna yang nilai BR1M lebih sedikit daripada apa yang diberi, walaupun jumlah BR1M ditambah ke RM1,200. Hanya miskin tegar yang akan benar-benar hargai BR1M.

14. Kerajaan juga tidak jelas dengan “cut-off point”. Adakah ianya RM3,000 sebulan atau kurang. Jika kurang tidak mungkin tujuh juta rakyat layak menerima BR1M. Kita bangga dengan pencapaian mengurangkan kadar kemiskinan miskin tegar kepada 1% dan 0.6% bagi bawah kadar kemiskinan.

15. Jumlah 0.6% bawah kadar kemiskinan tersebut bersamaan dengan 40,000 isirumah (menurut statistik Jabatan Perangkaan Negara). Jika diambilkira jumlah dewasa yang bekerja ianya juga akan jauh lebih rendah. Kita perlu bantu mereka, tetapi dengan jumlah lebih daripada RM1,200 setahun.

16. Baru-baru ini rakyat yang berkelayakan untuk BR1M diugut jika mereka hadir untuk rapat umum parti pembangkang mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Jika ini tidak menunjukkan bahawa BR1M digunakan untuk merasuah, saya tidak faham apa yang dimaksudkan sebagai rasuah.

17. BR1M membuatkan rakyat bergantung kepada Kerajaan. Dikatakan juga yang sejumlah duit ini tidak sampai kepada golongan sasaran.

18. Di Britain hari ini, rakyat yang menganggur mesti melakukan pekerjaan untuk menerima bantuan.

19. Apa yang diperlukan di Malaysia ialah peluang pekerjaan untuk rakyat miskin mendapat lebih pendapatan. Untuk ini kita mesti belajar untuk tidak bergantung kepada pekerja asing.

20. Apabila seseorang itu tidak dapat bekerja kerana ketidak upayaan, bantuan kewangan yang bermakna mesti diberikan kepada mereka.

21. Selain itu Kerajaan harus tumpu kepada penilaian semula Ringgit dan pengukuhan ekonomi. Nasib rakyat ternyata jauh lebih baik sebelum BR1M diperkenalkan.

22. BR1M bukan hanya satu bentuk rasuah, tetapi ianya juga membentuk budaya rasuah di kalangan rakyat.

23. Saya cadangkan Kerajaan jalankan kajian untuk kenal pasti rakyat termiskin dan berikan mereka sejumlah wang yang mencukupi untuk menjalan kehidupan yang sempurna. Hentikan pemberian wang melalui parti Kerajaan.

SUMBER – blog TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s