RM41.2b jumlah kutipan GST tahun 2016

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengutip kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM41.2 bilion sepanjang 2016.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata kutipan cukai itu mula dilaksanakan pada 1 April 2015. Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa melaksanakan pelbagai pembaharuan dalam memastikan GST ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

“Kita menyasarkan RM40 bilion hingga RM42 bilion kutipan GST bagi tahun ini , yang mana keyakinan ini akan didorong dengan program Strategi Lautan Biru JKDM pada tahun ini. “JKDM juga akan meningkatkan prestasi tadbir urus perkhidmatan, mempergiatkan lagi proses pendidikan kepada rakyat dan menjalinkan kerjasama yang erat dengan peniaga,” katanya kepada media selepas merasmikan pelancaran Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia, yang dianjurkan oleh Kelab Pegawai Kanan Kastam dan Majlis Kanser Negara (MAKNA) di Dataran Wawasan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) JKDM, Datuk T Subromaniam. Khazali berkata, sehingga kini, sejumlah 431,000 syarikat sudah mendaftar dalam sistem GST. “Pihak JKDM juga sedang mengenal pasti peniagaan atas talian dan lain-lain perniagaan, yang mempunyai nilai jualan melebihi RM500,000 untuk turut berdaftar,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s