PNB sasar ekuiti Bumiputera RM300b pada 2022

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyasar untuk meningkatkan penguasaan ekuiti dan kekayaan Bumiputera kepada kira-kira RM300 bilion menjelang 2022, berbanding RM216 bilion pada masa ini.

Ia adalah sebahagian sasaran ditetapkan kumpulan pengurus dana itu di bawah Pelan Strategik 2017-2022 bagi membolehkannya memenuhi mandat meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera dan rakyat Malaysia. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata sasaran ditetapkan itu pada dasarnya membuktikan bahawa kumpulan sentiasa komited untuk memberikan tumpuan terhadap agenda pemerkasaan Bumiputera, khususnya dalam sektor pelaburan di negara ini.

Justeru, katanya, PNB akan terus memainkan peranan untuk memperkasa pembabitan Bumiputera dalam pelbagai aspek, antaranya membabitkan sektor pelaburan, perniagaan dan modal insan. “Bagi meningkatkan pembabitan Bumiputera di dalam sektor perniagaan, kami bekerjasama dengan syarikat sekutu PNB iaitu Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dari segi pembiayaan dan pemilikan premis perniagaan.

“PNB juga berusaha menambah jumlah Bumiputera untuk menceburi pekerjaan sebagai penganalisis pelaburan dan akauntan bertauliah, yang mana ia kurang mendapat sambutan kaum berkenaan (Bumiputera). “Ketika ini, hanya lapan peratus daripada 1,600 akauntan bertauliah di negara ini adalah Bumiputera. Oleh itu, PNB sasar untuk lahir 1,000 akauntan Bumiputera dalam tempoh lima tahun,” katanya selepas sesi pengumuman Pelan Strategik 2017-2022 PNB, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata sasaran untuk mencapai RM300 bilion penguasaan ekuiti dan kekayaan Bumiputera memerlukan penggemblengan keyakinan masyarakat bagi menggalakkan lebih ramai kaum itu melabur menerusi Amanah Saham Bumiputera (ASB) di bawah kelolaan PNB.

“Bersandarkan kepada program celik kewangan anjuran PNB, kami harap golongan Bumiputera dapat menjana kekayaan dengan membuat pelaburan lebih baik dengan cara yang betul,” katanya.

INFO PNB

  • Pelabur utama di Bursa Malaysia, dengan melabur hampir RM170 bilion atau 10 peratus daripada permodalan pasaran di bursa tempatan itu.
  • Penguasaan ekuiti di dalam beberapa syarikat strategik PNB serta syarikat bermodal besar lain seperti Axiata Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Holdings Bhd, Maxis Bhd dan Telekom Malaysia Bhd.
  • PNB komited bina rumah mampu milik yang bakal dibangunkan pemaju hartanah terdiri daripada syarikat pemilikan strategiknya seperti SP Setia Bhd, Sime Darby Bhd dan Island & Peninular Group (I&P).

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s