Forest City kerjasama strategik dengan 36 syarikat

GELANG PATAH: Forest City memulakan kerjasama strategik dengan 36 syarikat dari pelbagai industri dalam usaha ke arah membina bandar pintar dan hijau pertama di empat pulau buatan, dekat sini. Majlis menandatangani kerjasama dengan 36 syarikat itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dan Pengerusi Eksekutif Country Garden Holding, Yeung Kwok Keung. Rakan strategik itu membabitkan organisasi terkemuka termasuk berkaitan perubatan dan penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan, pelancongan, perkhidmatan kewangan, teknologi baru, bandar pintar dan pembangunan teknologi hijau.

Kerjasama ini selaras dengan hasrat Forest City menjadi hab ekonomi yang melengkapi pembangunan Iskandar Malaysia, sekali gus memacu aktiviti perniagaan baru kepada sebuah perbandaran yang mampan.

Jumlah nilai pasaran semua syarikat terbabit dianggarkan sehingga AS1 trilion termasuk sembilan daripadanya iaitu Huawei, Cisco, Accenture, Midea, China Construction Steel Structure Corporation, Deutsche Bank (Asia Pacific) dan Bank of China (Malaysia) disenaraikan sebagai syarikat Fortune 500.

Sempena program itu, Perdana Menteri turut merasmikan pembukaan Hotel Phoenix Forest City yang terletak di kawasan seluas 1.69 hektar dan menjadi antara projek pembangunan yang terawal beroperasi di Forest City, sekali gus menjadi hotel ke-50 rangkaian Hotel Phoenix dari China dengan menyediakan 400 bilik.

Hotel Phoenix Forest City menawarkan penginapan bermula dari harga RM539 bagi setiap bilik satu malam, dewan bankuet serbaguna yang boleh menerima sehingga 500 orang pada satu masa, bilik mesyuarat dan pilihan lokasi tempat makan. Pembangunan hotel itu bermula secara berperingkat sejak projek mega Forest City dilancarkan pada Mac lalu.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s