Rizab antarabangsa BNM, AS$94.6b pada akhir 2016

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mencatat penyusutan dalam rizab antarabangsa pada akhir 2016 kepada AS$94.6 bilion. BNM berkata, rizab itu susut AS$700 juta pada 30 Disember 2016 daripada AS$95.3 bilion pada akhir 2015.

Berdasarkan ringgit, rizab itu menunjukkan peningkatan RM15.1 bilion kepada RM424.2 bilion pada akhir 2016 daripada RM409.1 bilion tahun sebelumnya. “Paras rizab pada 30 Disember 2016 sudah mengambil kira penyelarasan bagi perubahan penilaian semula tukaran asing.

“Paras rizab itu kekal disokong lebihan akaun semasa dan aliran masuk pelaburan langsung asing. “Bagaimanapun, ia offset oleh pelaburan langsung di luar negara oleh syarikat Malaysia dan aliran keluar semula sebahagian pelaburan portfolio bukan pemastautin,” kata BNM dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s