Ekonomi negara kukuh, tidak berdepan masalah – Mohd Irwan

PUTRAJAYA: Dakwaan sesetengah pihak bahawa ekonomi negara bermasalah hanya persepsi, kerana realitinya ia kukuh, stabil dan diurus dengan baik. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata persepsi yang ditimbulkan dan disebarkan media alternatif itu menyebabkan rakyat percaya negara sedang berhadapan masalah, tapi hakikatnya ia kukuh di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ekonomi negara tidak berdepan masalah, sebaliknya diurus dengan baik begitu juga dengan kadar hutang negara. Walaupun tahun ini lebih mencabar namun kita harap ia lebih baik dari tahun lalu. “Justeru kita yakin berada di landasan tepat seperti mana yang kita sasarkan bagi tahun ini termasuk mencapai defisit 3.1 peratus dan pertumbuhan ekonomi pada kadar 4.5 hingga 5 peratus,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Irwan berkata, kerajaan juga sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi perkembangan baharu ekonomi dunia dan Malaysia akan tetap mengamalkan polisi ekonomi terbuka bagi terus menggalakkan pelaburan asing.

Katanya, kerajaan juga yakin nilai ringgit akan mengukuh dalam jangka masa pertengahan tahun ini. “Kelemahan nilai ringgit adalah disebabkan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan janji Presiden baharu, Donald Trump menjadikan ekonomi AS dalam jangka pendek ini kukuh.

“Pertukaran mata wang asing lain juga jatuh bukan Malaysia sahaja dan ini adalah fenomena jangka pendek,” katanya. Mengulas mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), beliau berkata kerajaan akan melakukan lebih banyak pembaharuan bagi menambahbaik mekanisme BR1M.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s