Pelaburan ekuiti swasta di rantau ini cecah AS$1.91b

KUALA LUMPUR: Asia Tenggara menyaksikan sejumlah 32 tawaran ekuiti swasta (PE) bernilai AS$1.91 bilion (RM8.55 bilion) yang direkod pada suku ketiga tahun 2016, dengan AS$1.31 bilion (RM5.82 bilion) atau 85 peratus daripada pelaburan disumbangkan oleh dua perniagaan perkhidmatan pengangkutan dalam pasaran Indonesia.

Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd (EY) dalam satu kenyataan hari ini, berkata pelaburan ekuiti swasta dalam suku ketiga 2016 telah melangkaui jumlah yang dicatatkan pada separuh pertama 2016 iaitu pada angka AS$1.56 bilion (RM6.98 bilion).

Ketua Ekuiti Swasta dan Penggabungan serta Pengambilalihan ASEAN EY, Luke Pais, berkata dua pelaburan itu mencerminkan evolusi model perniagaan berasaskan teknologi di rantau ini.

“Pasaran aplikasi perkhidmatan pengangkutan di Indonesia dianggarkan berada pada AS$15 bilion (RM67.12 bilion), memberikan isyarat peluang pertumbuhan yang ketara dalam sektor berkenaan. “Selain itu, dengan potensi untuk dipelbagaikan ke dalam perkhidmatan penghantaran makanan dan logistik, segmen pasaran ini dilihat akan terus meningkat,” katanya.

Pais berkata, rantau ini juga akan mengekori jejak pasaran seperti Jepun, Korea Selatan dan China dalam teknologi. “Ditambah pula dengan keperluan kecairan oleh syarikat, terdapat potensi yang kukuh bagi pelaburan ekuiti swasta dalam model perniagaan berasaskan teknologi di rantau ini,” katanya.

Pais yang memetik Laporan Taklimat Ekuiti Swasta EY : Asia Tenggara (Disember 2016) berkata, firma ekuiti swasta di rantau ini menumpukan ke atas Malaysia, Singapura dan Indonesia, yang berdasarkan rekod, mengumpulkan lebih daripada 85 peratus kesemua pelaburan ekuiti swasta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

“Syarikat ekuiti swasta sedang membuat kepelbagaian dan menerokai ke dalam pasaran baharu muncul yang lain seperti Filipina, Thailand dan Vietnam, tetapi pelaburan ke Kemboja, Laos dan Myanmar masih lagi terhad sekarang ini. Kestabilan politik kekal sebagai salah satu kebimbangan utama bagi pelaburan,” katanya. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s