KDNK Malaysia dijangka meningkat tahun ini – RAM

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka meningkat kepada 4.5 peratus pada tahun ini berbanding anggaran 4.2 peratus pada 2016, menurut RAM Rating Services Bhd.

Ahli Ekonominya, Kristina Fong berkata, pada beberapa tahun yang lalu, ekonomi Malaysia telah melalui banyak risiko penurunan dan cabaran. Beliau berkata, RAM melihat prospek penstabilan pada petunjuk makro pada tahun ini.

“Misalnya, pada beberapa tahun yang lalu, kami melihat penggunaan swasta rendah dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan tetapi berkurangan selepas itu. “Pada tahun ini, kami menjangka keadaan buruh dan pertumbuhan gaji yang lebih baik serta permintaan domestik yang pulih, menyokong prospek pertumbuhan pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas taklimat media mengenai Indeks Keyakinan Perniagaan Malaysia pertama RAM, di sini, hari ini.

Fong berkata, terdapat peningkatan pada permintaan luaran dengan petunjuk perdagangan menunjuk ke arah penstabilan pada tahun ini. Beliau berkata, dengan permintaan domestik yang kukuh, ia menyumbang kepada unjuran KDNK yang lebih baik pada tahun ini.

Fong turut menjangka sektor elektrik dan elektronik akan mengukuhkan eksport Malaysia pada 2017 dan terus kompetitif berbanding rakan serantau yang lain. Sementara itu, katanya, ringgit dijangka terus turun naik dengan tekanan penurunan pada separuh pertama 2017.

Ia dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini, katanya. “Ringgit masih tidak menentu pada masa ini berikutan pelabur dalam pasaran masih mengambil kira jangkaan mereka, terutamanya dengan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat atau referendum ‘British Exit’,” kata Fong.

Julat purata RAM bagi ringgit pada tahun ini berlegar antara empat dan 4.50 berbanding dolar AS, katanya, sambil menambah bahawa julat purata yang besar menunjukkan ketidaktentuan luaran yang dijangka RAM pada tahun ini. – BERNAMA

SUMBERĀ : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s