Nilai aset Khazanah meningkat kepada RM101.9 bilion

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Khaza­nah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat lebih tiga kali ganda kenaikan dalam aset nilai bersih diselaraskan (NWA) sebanyak RM101.9 bilion setakat 31 Disember 2016 daripada RM33.3 bilion pada Mei 2004.

Dalam tempoh itu, portfolio nilai aset boleh direalisasikan (RAV) meningkat 2.8 kali ganda kepada RM145.1 bilion berban­ding RM50.9 bilion dengan me­nyaksikan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) RAV sebanyak 8.6 peratus setiap tahun manakala NWA 9.3 peratus.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, dana pelaburan strategik kerajaan itu mengekalkan peningkatan portfolio sejak beroperasi pada Mei 2004 walaupun melalui tahun 2016 yang mencabar.

Malah katanya, syarikat mencatat keuntungan dan prestasi berdaya tahan sepanjang tahun lalu di tengah-tengah persekitaran global yang mencabar, menjejaskan semua penanda aras dan mata wang.

“Di sebalik kelemahan pasaran global, ekuiti dan mata wang terutama dalam pasaran baharu muncul, Khazanah akan memastikan portfolio yang berkualiti supaya dapat mewujudkan nilai jangka panjang yang kukuh,” katanya dalam sidang akhbar Ulasan Tahunan Khazanah Ke-13 di sini hari ini.

Khazanah mencatat keuntu­ngan sebelum cukai (PBT) belum diaudit sebanyak RM1.56 bilion pada 2016, meningkat 32 peratus daripada RM1.18 bilion tahun sebelumnya, dengan PBT terkumpul sejak Mei 2004 berjumlah RM25.08 bilion.

Dividen yang diisytiharkan pada 2016 berjumlah RM650 juta menjadikan keseluruhan dividen sebanyak RM9.11 bilion sejak Mei 2004, manakala cukai yang dibayar tahun lalu sebanyak RM123 juta.

Menurut Azman, sepanjang tahun lalu, Khazanah membuat pelaburan berjumlah RM6.9 bi­lion termasuk 17 pelaburan baharu dan melaksanakan 13 aktiviti pelupusan urus niaga berjumlah RM4.7 bilion dan meraih pula­ngan sebanyak RM2.6 bilion daripada pelupusan itu.

“Dalam tempoh 12 tahun ini, Khazanah secara keseluruhan telah membuat 161 pelaburan bernilai RM81.6 bilion dan 90 pelupusan urus niaga berjumlah RM52.8 bilion.

“Secara terkumpul, Khazanah menjana keuntungan seba­nyak RM24.9 bilion daripada aktivi­ti pelupusan urus niaga sejak 2004,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi Malaysia Airlines Berhad (MAB), beliau yakin syarikat penerba­ngan negara itu akan kembali mencatat pulangan modal pada tahun depan dan keuntungan selepas itu.

Mengenai prospek 2017, beliau menjangkakan ketidaktentuan dan cabaran ekonomi global akan berterusan, justeru Khazanah akan terus memacu pembinaan nilai jangka panjang, memba­ngunkan portfolio berkualiti tinggi dan berdaya tahan serta memastikan penciptaan nilai yang holistik dalam kewangan di samping mengukuhkan integriti dalam tadbir urus.

Sumber: Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: