ASEAN

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA atau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) adalah sebuah pertubuhan geo-politik dan ekonomi dari negara-negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, di Bangkok, Thailand berdasarkan Deklarasi Bangkok oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand.

Organisasi ini ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan pengembangan kebudayaan negara-negara anggotanya, memajukan perdamaian dan kestabilan di tingkat rantaunya, serta merupakan platform bagi ahlinya untuk menyelesaikan pertelingkahan secara aman.

Keluasan darat ASEAN meliputi seluas 4.46 juta km²,  atau 3% jumlah keluasan daratan di Bumi. Penduduk ASEAN dianggarkan hampir 600 juta orang, atau 8.8% jumlah penduduk dunia. Manakala keluasan laut negara-negara ASEAN adalah tiga kali ganda keluasan daratnya.

Pada tahun 2010, jumlah gabungan nominal GDP negara-negara ASEAN telah tumbuh melebihi US$2.8 trillion . Jika ASEAN adalah sebuah negara tunggal, ASEAN merupakan entiti ekonomi kesembilan terbesar setelah Amerika Syarikat, China, Jepun, Jerman, Perancis, Brazil, Britain dan Italy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s