KHAZANAH NASIONAL BERHAD

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 3 September 1993 sebagai syarikat awam berhad dan memulakan operasi setahun kemudian. Semua modal saham Khazanah dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan, sebuah badan yang ditubuh di bawah Akta Menteri Kewangan (Diperbadankan) 1957, kecuali satu saham yang dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Khazanah memainkan peranan sebagai pemangkin dalam memacu pelbagai industri strategik dan inisiatif negara, memupuk pembangunan industri tersebut dalam usaha memenuhi kepentingan ekonomi jangka panjang Malaysia. Khazanah juga memacu pembentukan nilai pemegang saham, meningkatkan keuntungan kecekapan dan meningkatkan tadbir urus korporat dalam syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kerajaan, yang dikenali sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC, dalam peranan kami sebagai Urus Setia kepada Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi Syarikat Berkaitan Kerajaan.

Khazanah diberikan mandat luas dalam mengwujudkan nilai mapan dan memupuk budaya prestasi tinggi yang akan membantu menyumbang kepada daya saing ekonomi Malaysia.

Menggunakan pendekatan pelaburan proaktif, khazanah mensasarkan untuk membina nilai sejati dalam pelaburan yang sedia ada, mengenal pasti pelaburan dalam ekonomi serta sektor baru, dan kawasan geografi baru yang penting kepada masa depan negara. Khazanah juga diberikan mandat untuk membangunkan modal insan, sosial dan pengetahuan secara aktif untuk Malaysia.

mandatkami_1

Syarikat-syarikat utama yang tersenarai dalam portfolio khazanah terdiri daripada beberapa syarikat terbesar dan terpenting di Malaysia, termasuk Axiata Group Berhad, CIMB Group Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, IHH Healthcare Berhad dan UEM Sunrise Berhad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s