PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)

Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan memberi peluang kepada golongan profesional Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai pewujudan dan pengurusan harta. PNB telah menjadi sebuah institusi pelaburan terkemuka negara. Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan. Sebagai sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil.

Daripada skim unit amanahnya yang pertama iaitu Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang dilancarkan pada 20 April 1981, sehinggalah produk terbarunya iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) yang dilancarkan pada 2 April 2014, PNB melalui anak syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad, telah memainkan peranan penting dalam membawa anjakan paradigma dan merubah pemikiran rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Bumiputera dalam aspek simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan serta cara mereka menilai risiko dan pulangan dalam pelaburan. Sambutan luar biasa rakyat Malaysia daripada setiap lapisan masyarakat dan taraf pendapatan terhadap unit saham amanah PNB membuktikan keupayaan PNB untuk menggembleng lebih daripada 11.6 juta pemegang akaun setakat kini.

Dengan wang dijana daripada pelabur, PNB telah memperoleh banyak syarikat besar dan strategik, dan kebanyakan syarikat-syarikat ini adalah peneraju industri dalam bidang masing-masing seperti kewangan, insurans, perladangan, hartanah, automatif, logistik, infrastruktur, farmasi dan kimia. Bagi meningkatkan lagi nilai pelaburan, PNB melakukan beberapa siri aktiviti korporat, di mana syarikat di bawah portfolio PNB disusun semula, digabung dan diambil alih bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan mencapai manfaat sinergi, lantas membolehkan PNB mencapai matlamat untuk pulangan yang konsisten.

Sumber : Laman web PNB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s