FUNGSI DAN KUASA SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan di Malaysia. Antara fungsi dan kuasa SSM di Malaysia adalah seperti berikut:

 Fungsi

  1. SSM memastikan bahawa peruntukan-peruntukan Akta dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;
  2. SSM bertindak sebagai ejen Kerajaan dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbirkan, memungut dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau apa-apa caj lain di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
  3. Mengawal selia perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
  4. Mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya di kalangan pengarah, setiausaha, pengurus dan pegawai lain sesuatu perbadanan, dan pengawalseliaan diri oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan perindustrian dan badan ikhtisas dalam sektor korporat demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat dan perniagaan dijalankan mengikut norma-norma yang telah mantap mengenai pentadbiran korporat yang baik;
  5. Meningkatkan dan menggalakkan pembekalan maklumat korporat di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan untuk mewujudkan dan membangunkan suatu kemudahan yang dengannya apa-apa maklumat korporat yang diterima oleh, atau yang difailkan dengan atau yang dikemukakan kepada, Suruhanjaya dapat dianalisa dan dibekalkan kepada orang ramai;
  6. Menjalankan penyelidikan dan mengkomisikan kajian mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan kegiatan korporat dan perniagaan;
  7. Menasihati Menteri secara am mengenai perkara- perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; dan
  8. Menjalankan segala kegiatan dan melakukan segala perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi pentadbiran Suruhanjaya, atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Kuasa

  1. Menggunakan segala harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang didapati suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk mendapatkan pinjaman dengan menggadaijanjikan harta itu;
  2. Mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 40;
  3. Melantik ejen, pakar atau perunding sebagaimana yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi-fungsinya;
  4. Memberikan pinjaman kepada pekerja Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;
  5. Merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan rancangan pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsi-fungsinya dengan sepatutnya dan berkesan;
  6. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsi Suruhanjaya; dan
  7. Melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.

Sumber : Laman web SSM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s