AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK)

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

Antara perkhidmatan AKPK adalah berikut:

 newpk_icon

Pendidikan kewangan

AKPK menawarkan bahan berkaitan pendidikan kewangan tentang penggunaan kredit secara bijak serta asas pengurusan wang dan tanggung jawab dalam menguruskan kredit. Modul pendidikan AKPK berasaskan mengikut pendekatan kitaran hidup.

 newkk_icon

Kaunseling Kewangan

AKPK menawarkan khidmat kaunseling kewangan. Kebolehan mengurus wang anda dengan bijak merupakan suatu kemahiran yang penting supaya anda boleh berbelanja mengikut kemampuan anda dan mencapai matlamat kewangan anda.

newppk_icon
Program Pengurusan Kredit

AKPK turut menawarkan program Pengurusan Kredit. Kawal semula kehidupan dan bebanan kredit anda menerusi program pengurusan kredit. Para kaunselor AKPK akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda.

AKPK tidak menyediakan pinjaman atau pembiayaan kewangan.

Program pengurusan kredit ini disediakan untuk semua individu yang memerlukan bantuan dalam mengurus bebanan kredit dengan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, sekiranya:

  • Anda mempunyai sumber pendapatan yang positif
  • Jumlah pinjaman anda tidak melebihi RM2 juta
  • Anda tidak berada di bawah tindakan undang-undang yang telah lanjut
  • Anda tidak diisytiharkan sebagai “muflis”

Sumber: Laman Web AKPK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s