ACTUARY

Seorang aktuari merupakan ahli profesional yang membuat penilaian dan pengurusan risiko berkenaan pelaburan kewangan, polisi insurans, persaraan dan program-program kewangan lain yang melibatkan kebarangkalian.

Seorang aktuari akan menganalisa risiko kewangan, dengan menggunakan kebarangkalian, teori kewangan dan komputer sains. Institusi awam dan swasta amat bergantung kepada merekauntuk menentukan risiko-risiko yang berkait dengan perlbagai keputusan.

Kebanyakan aktuari bekerja dengan syarikat insurans, dimana kemahiran perngurusan risiko mereka akan diguna pakai secara mendalam. Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.

Aktuari juga bekerja di dalam menentukan risiko sesuatu pelaburan di dalam dunia kewangan. Aktuari menggabungkan prosedur mereka didalam mengukur kebarangkalian dengan menggunakan beberapa model yang khusus untuk sesuatu pasaran. Seperti polisi insurans, pulangan sesuatu pelaburan adalah tidak menentu dan mempunyai risiko.

Seorang aktuari dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s