Pencarum perlu bijak urus duit KWSP selepas bersara

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinasihati supaya bijak menguruskan duit simpanan bagi mengelak mereka dibelenggu kemiskinan selepas bersara.

Pengurus Kanan KWSP Cawangan Kajang, Mohd. Taib Ismail berkata, masalah itu boleh berlaku apabila golongan pesara sering mengeluarkan duit caruman mereka secara sekali gus.

“Kebiasaannya, pencarum akan mengeluarkan duit simpanan mereka secara sekali gus apabila sudah mencapai had umur yang ditetapkan.

“Duit simpanan tersebut dianggarkan boleh habis dalam tempoh enam bulan sehingga tiga tahun sekiranya tiada pengeluaran secara terkawal,” katanya ketika menyampaikan Taklimat Awam KWSP 2015 di Ibu Pejabat Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Mohd. Taib menyarankan golongan pencarum supaya tidak hanya bergantung kepada duit KWSP semata-mata sebagai simpanan hari tua, sebaliknya turut melabur dalam pelbagai agensi kewangan lain termasuk Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Jelas beliau, KWSP juga menyediakan khidmat nasihat persaraan untuk golongan tersebut bagi membantu menguruskan duit simpanan mereka.

“Golongan pesara sering menganggap bahawa duit KWSP adalah mencukupi untuk bekalan hari tua mereka tanpa mencari kaedah penyimpanan lain.

“Tanggapan itu perlu dikikis bagi mengelak lebih ramai golongan pesara terlibat dalam masalah kemiskinan,” ujarnya.

Sehingga kini terdapat sebanyak 14 juta ahli KWSP di seluruh negara dengan lapan juta daripada jumlah tersebut ialah pencarum aktif.

Sumber: Utusan Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: