KEMAHIRAN KEWANGAN YANG PERLU DIKUASAI

Kewangan peribadi merupakan kemahiran yang asing kerana ianya bukan silibus pembelajaran sekolah, mahupun di universiti. Namun, kemahiran ini amatlah penting sebagai persiapan diri sebelum menghadapi cabaran dunia yang sebenar setelah tamat belajar.

Belajar Mengawal Diri

Jika anda bertuah, ibu bapa anda telah mengajar anda kemahiran ini ketika anda masih kecil lagi. Jika tidak, perlu diingat bahawa semakin cepat anda belajar dan menguasai kemahiran ini, semakin  cepat anda menyedari bahawa menjaga kewangan sendiri bukanlah satu perkara yang sukar.

Memang mudah untuk membeli barang secara hutang atau menggunakan kad kredit. Namun, bukankah lebih baik jika anda menyimpan sendiri wang anda dan membelinya secara tunai. Adakah anda ingin membayar faedah hutang dengan hanya membeli sehelai baju ataupun memesan set makanan tengahari?

Jika anda mempunyai tabiat untuk membeli segala barang melalui kad kredit tanpa mengira mengambil kira kemampuan anda untuk membayar ketika hujung bulan, kemungkinan anda masih membayar untuk barang-barang tersebut untuk 10 tahun yang akan datang. Jika anda ingin menjadikan kad kredit sebagai kemudahan ataupun untuk mendapatkan poin ganjaran, pastikan anda sentiasa membayar bil anda sepenuhnya pada mhujung bulan. Ingat, jangan menggunakan dan memiliki kad kredit lebih daripada kemampuan anda untuk mengawalnya.

Kawal Kewangan Masa Depan Anda Sendiri

Jika anda tidak belajar untuk mengawal wang anda sendiri, orang akan sentiasa mencari jalan untuk mengawal (menipu) wang anda. Sesetengah daripada mereka ini mungkin berniat jahat, seperti penasihat kewangan yang  mahukan hanya mahukan komisen daripada pelaburan wang anda. Sesetengah yang lain mungkin berniat baik, namun tidak mengetahui apa yang mereka lakukan. Misalnya, anda dinasihat untuk membeli sebuah rumah yang mahal, hakikatnya anda hanya mampu untuk menyewanya.

Daripada anda bergantung kepada orang, kawal sendiri kewangan anda dengan membaca buku-buku tentang kewangan peribadi. Setelah anda mempunyai senjata ilmu kewangan , jangan biarkan sesiapa pun menipu anda – samada kekasih anda yang secara perlahan menghabiskan wang simpanan anda ataupun rakan-rakan anda yang sering mengajak anda berhibur di hujung minggu dan menghabiskan wang bersama mereka.

Tahu Kemana Wang Pergi

Setelah anda menbaca dan mengkaji buku-buku kewangan peribadi, anda akan menyedari kepentingan untuk memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi pendapatan anda. Cara terbaik untuk memastikannya adalah dengan membuat bajet peribadi. Setelah anda meneliti perbelanjaan anda dari sekecil membeli sarapan nasi lemak sehingga perbelanjaan menonton wayang, anda dapat meneliti ke mana wang anda pergi. Anda akan menyedari bahawa dengan membuat sedikit perubahan terhadap perbelanjaan harian anda, ia akan memberi impak yang besar terhadap situasi kewangan anda.

Tambahan pula, dengan memastikan perbelanjaan anda setiap bulan secara berhemat, anda akan menikmati ganjaran yang besar pada masa hadapan. Contohnya, anda tidak membeli rumah yang mewah sekarang, anda mungkin dapat membeli rumah yang lebih luas dan besar pada masa hadapan.

Mulakan Simpanan Kecemasan

Pastikan anda sentiasa menyimpan sedikit simpanan setelah anda menerima gaji anda. Tidak kira berapa banyak hutang PTPTN, kad kredit ataupun berapa rendah gaji anda, pastikan anda sentiasa membuat simpanan kecemasan daripada bajet anda pada setiap bulan.

Dengan memiliki simpanan kecemasan, anda dapat keluar daripada pelbagai masalah kewangan dan boleh tidur lena pada setiap malam tanpa memikirkan masalah kewangan tersebut. Juga, pastikan anda mempunyai tabiat menyimpan wang dan menganggapnya sebagai ‘perkara wajib’. Anda akan menyimpan lebih daripada simpanan kecemasan; anda mendapat simpanan persaraan, simpanan untuk bercuti dan juga simpanan membayar deposit rumah.

Menyimpan Untuk Persaraan

Sebagaimana ibubapa anda mula menghantar anda ke tadika supaya belajar dan berjaya di masa hadapan, anda juga perlu belajar untuk menyimpan wang persaraan anda kelak. Adakah anda hanya mahu bergantung pada simpanan KWSP anda untuk menampung hidup setelah bersara kelak? Adakah wang tersebut mencukupi untuk menanggung hidup anda selepas persaraan?

Belajar Ilmu Percukaian

Anda perlu berlajar bagaimana sistem percukaian berfungsi sebelum memasuki alam pekerjaan lagi. Ketika sesebuah syarikat menawarkan gaji permulaan, anda perlu membuat pengiraan sama ada gaji setelah cukai cukup untuk mencapat matlamat kewangan dan segala perbelanjaan anda. Terdapat kalkulator Potongan Cukai Bulanan yang akan mengira cukai bulanan yang perlu dibayar. Kalkulator tersebut dapat mengira tambahan cukai yang perlu dibayar jika terdapat perubahan dalam pendapatan seperti mendapat kenaikan gaji atau bonus.

Jaga Kesihatan 

Jika anda tidak mampu untuk membayar premiu insurans, apa yang perlu dilakukan jika anda dimasukkan ke wad kecemasan, dan satu memerlukan rawatan mencecah kos beribu ringgit? Jika anda belum memiliki insurans/takaful, jangan menunggu sehingga hari esok untuk memohon insurans. Ia lebih mudah daripada apa yang anda sangkakan.Anda boleh menjimatkan wang dengan memohon sebut harga daripada pelbagai agen insurans/takaful.

Juga, pastikan anda mengambil langkah-langkah untuk memastikan anda sentiasa sihat dan cergas, seperti bersenam, memakan buah-buahan dan sayuran, tidak merokok, tidak meminum minuman beralkohol, dan juga memandu secara berhemah. Anda pasti akan bersyukur apabila tidak perlu membayar bil-bil hospital yang mahal.

Jaga Harta 

Jika ingin memastikan harta pencarian anda tidak musnah, anda perlu mengambil langkah melindunginya. Jika memiliki rumah, pastikannya mempunyai insurans perlindungan. Insurans diri dapat memberi perlindungan kepada jika anda tidak mampu bekerja setelah mengalami kemalangan.

Jika anda memerlukan pertolongan untuk menguruskan wang anda, pastikan penasihat kewangan anda dapat memberikan nasihat yang terbaik, dan mereka menerima bayaran berdasarkan upah dan bukan komisyen.

Penutup

Mengurus kewangan tidak memerlukan anda untuk memiliki ijazah ataupun latar belakang yang luar biasa untuk menjadi pakar didalam mengurus wang sendiri. Kemahairan yang dipelajari dapat memastikan anda mengawal wang anda dengan lebih cermat dan berhemah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s