JABATAN AUDIT NEGARA

Institusi Audit telah wujud di Tanah Melayu sejak pentadbiran British pada awal abad ke 20 bagi memperkukuhkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan. Pada ketika itu ia wujud secara berasingan mengikut negeri iaitu Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat. Di setiap Negeri Melayu Bersekutu, Institusi ini dikenali dengan nama Audit Office dan diketuai oleh State Auditor. Ibu pejabat bagi Audit office ini terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang Chief Auditor.

Institusi Audit Negara yang lebih tersusun dari segi struktur dan bidang tugasnya bermula pada tahun 1906 di mana Ketua Audit Negara untuk Negeri Melayu Bersekutu pertama iaitu W.J.P Hume dilantik. Pada tahun 1932 kedua-dua Institusi digabungkan dan diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit yang berpusat di London. Tugas pengauditan dipertanggungjawabkan kepada Auditor of the Straits Settlements and the Federated Malay States yang berpusat di Kuala Lumpur. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, jawatan Director of Audit Malaya ditukar kepada nama Ketua Audit Negara. Pelantikan Ketua Audit Negara serta tanggungjawabnya termaktub di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957.

DASAR KUALITI

  • Jabatan Audit Negara adalah komited kepada pengauditan dan pelaporan yang berkualiti dan profesional selaras dengan Standard Pengauditan Antarabangsa.
  • Jabatan Audit Negara adalah komited untuk membuat penambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti dan menilai semula semua Objektif Kualiti yang ditetapkan bagi memastikan ianya sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.

 

OBJEKTIF KUALITI

  • Mengesahkan Penyata Kewangan, mengeluarkan Sijil Audit dan menyiapkan Laporan Audit dalam tempoh empat bulan selepas penerimaan Penyata Kewangan yang lengkap.
  • Menyiapkan pengauditan Pengurusan Kewangan dan mengeluarkan laporan mengenainya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh mula pengauditan.
  • Memastikan Pengauditan Pengurusan Kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Sumber: Laman Web Jabatan Audit Negara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s