BANK NEGARA MALAYSIA

 

Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959. Bank Negara Malaysia tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan Bank Negara Malaysia adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.

Pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia adalah untuk mengekalkan kestabilan harga dan pada masa yang sama terus menyokong pertumbuhan. Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab terhadap kestabilan sistem kewangan. Matlamat ini dapat dicapai melalui pembangunan sektor kewangan yang kukuh, berdaya tahan, progresif dan pelbagai yang menyokong sektor ekonomi benar. Bank Negara Malaysia juga memainkan fungsi penting untuk melaksanakan inisiatif bagi memperdalam dan mengukuhkan pasaran kewangan, termasuk pasaran pertukaran asing.

Bank Negara Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur sistem kewangan bagi memajukan agenda rangkuman kewangan. Ini bagi memastikan semua sektor ekonomi dan segenap lapisan masyarakat mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan. Selain itu, Bank Negara Malaysia juga menyelia infrastruktur sistem pembayaran negara yang memberikan penekanan terhadap aspek kecekapan dan keselamatan sistem kewangan.

Sebagai jurubank dan penasihat kepada Kerajaan, Bank Negara Malaysia memberikan nasihat berkaitan dengan dasar makroekonomi dan pengurusan hutang negara. Bank Negara Malaysia juga merupakan pihak berkuasa tunggal yang mengeluarkan mata wang negara di samping menguruskan rizab antarabangsa negara.

Peranan Bank disokong oleh 39 jabatan/unit di Bank yang merangkumi tujuh bahagian berdasarkan fungsian seperti yang berikut:

A)    Dasar Ekonomi dan Monetari

Penyediakan sokongan teknikal dan penyelidikan yang baik terutamanya mengenai isu berkaitan pertumbuhan untuk mempertingkat perumusan dasar monetari dan kredit bagi menggalakkan kestabilan monetari dan memastikan ketersediaan kredit yang mencukupi untuk membiayai pertumbuhan ekonomi.

B)    Pelaburan dan Operasi

Menguruskan mudah tunai domestik dan kadar pertukaran bagi memastikan sasaran dasar monetari dapat dicapai selain menguruskan rizab luar negeri bagi melindungi nilai dan mengoptimumkan pulangan rizab. Bank juga bertanggungjawab untuk memberikan nasihat dan menyediakan bantuan kepada Kerajaan berhubung dengan pengurusan hutang dan dana serta menyumbang kepada pembangunan pasaran kewangan domestik.

C)    Pengawalan

Menggalakkan sektor kewangan yang stabil melalui pembangunan institusi dan infrastruktur kewangan yang mampan, kukuh dan mantap secara berperingkat-peringkat dan dengan itu mewujudkan industri kewangan tempatan yang kompetitif yang mempunyai daya tahan untuk menghadapi persekitaran masa hadapan yang berubah-ubah di samping menerajui inisiatif mempertingkat akses kepada pembiayaan. Dasar dan strategi turut dirumuskan dan dilaksanakan ke arah membangunkan dan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam bersepadu yang terunggul serta meningkatkan keupayaan kewangan pengguna.

D)   Sistem pembayaran

Merangka dasar dan strategi bagi menggalakkan sistem penjelasan, penyelesaian dan pembayaran yang diyakini, selamat dan cekap di dalam negara.

E)    Penyeliaan

Menghasilkan, menambah baik dan melaksanakan rangka kerja pengawasan yang berkesan bagi memastikan keselamatan dan kekukuhan institusi kewangan dan menguatkuasakan amalan yang baik terhadap institusi tersebut.

F)    Pembangunan Organisasi

Menerajui fungsi pengurusan strategik, pengurusan prestasi organisasi dan pengurusan program bagi memacu proses penambahbaikan prestasi dan mengukuhkan pembinaan keupayaan Bank. Selain itu, menerajui dan memacu inisiatif sumber manusia dan aktiviti strategik lain bagi memastikan keseluruhan rangka kerja Pengurusan Modal Insan dilaksanakan dengan berkesan.

G)   Komunikasi

Fungsi komunikasi telah menjadi semakin penting bagi memenuhi tuntutan yang semakin meningkat daripada pelbagai pihak berkepentingan yang menghendaki ketelusan dan penzahiran yang lebih baik.

Sumber : Laman Web Bank Negara Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s