REFUND IS NOT ALLOWED?

Tahukah anda, pembayaran balik terhadap pembelian adalah tidak dibenarkan?

Tetapi, pengguna masih boleh menuntut Hak Tebus Rugi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Apakah Hak Tebus Rugi?

Hak Tebus Rugi adalah hak pengguna untuk medapat pampasan dan ganti rugi ke atas pembelian barang atau perkhidmatan yang rosak, gagal berfungsi dan tidak memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya ada pada barang atau perkhidmatan tersebut.

Bagaimana membuat tuntutan Tebus Rugi?

Pengguna berhak mendapatkan tebus rugi melalui kaedah berikut:

Kerosakan / kegagalan perkhidmatan dapat dibetulkan Kerosakan / kegagalan perkhidmatan tidak dapat dibetulkan
Pembaikan barang atau pembetulan pekhidmatan Menolak barang
Pemindahan hak milik barang daripada pembekal kepada pembeli (contoh: pembelian kereta terpakai) Membatalkan kontrak perkhidmatan
Penggantian barang Mendapatkan ganti rugi
Pembayaran balik
Pembaikan oleh pihak ketiga

Apakah tanggungjawab pengguna?

  • Menyimpan resit atau bukti pembelian.
  • Berhenti menggunakan barang tersebut sekiranya didapati rosak dan kembalikan dengan segera.
  • Melaporkan serta memberikan butiran lengkap tentang kerosakan barang atau kegagalan perkhidmatan.
  • Menunjukkan bukti pembelian kepada pembekal / pengilang.

Apa tanggungjawab anda sebagai pembekal/pengilang?

  • Menyatakan polisi tebus rugi dengan jelas dan spesifik.
  • Polisi tebus rugi dipamerkan di tempat yang mudah dibaca.
  • Tidak mengenakan polisi dalam bentuk terma kontrak tidak adil.
  • Tidak meletakkan notis “No Refund”, “Goods Sold Are Not Returnable”dan sebagainya.

Bagaimanakah membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KDNKK)?

Segala aduan dapat dibuat dengan menghantar aduan melalui laman web e-aduan KPDNKK iaitu http://e-aduan.kpdnkk.gov.my.

Semua aduan akan disiasat dan maklumat pengadu akan dirahsiakan. Sila hubungi KPDNKK sekiranya anda tidak menerima maklumbalas dalam masa 3 hari bekerja.

Sebarang pertanyaan mengenai aduan yang telah dibuat, sila email kepada :

e-aduan@kpdnkk.gov.my

Sumber: Laman web KPDNKK.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s