FAQ GST – NO.2

Adakah 10% SST akan dihapuskan selepas GST 6% dilaksanakan mulai 1 April 2015?

Ya, SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) dimansuhkan mulai 1 April 2015. Oleh itu dua cukai yang ada sekarang akan digantikan dengan satu sahaja.

Nota tambahan: Cukai Jualan telah diperkenalkan sejak tahun 1972 (Akta Cukai Jualan 1972). Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan kadar Cukai Jualan adalah 10%, melainkan barangan dalam Jadual 1, misalnya bahan-bahan mentah sebanyak 0%. Jadual 2, misalnya untuk makanan dan buah-buahan sebanyak 5%, Jadual 3, minuman berproses sebanyak 20% dan Jadual 4, untuk bahan petroleum dan diesel, berkadar spesifik. Cukai ini telah dimasukkan ke dalam kos harga barang dan pengguna membayar cukai tersebut tanpa disedari. Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 1975 (Akta Cukai Perkhidmatan 1975) pada kadar 5%. Kadar ini kemudiannya dinaikkan kepada 6% pada tahun 2011. Kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan digantikan dengan GST pada kadar 6%.

Artikel ini diterbit semula daripada buku Jawapan kepada 106 soalan terbitan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s