Audit dalaman (Internal Audit) merupakan proses pengauditan yang dijalankan oleh akauntan yang bekerja dengan sesebuah organisasi terhadap organisasi tersebut. Audit dalaman bertujuan untuk menilai operasi, kawalan dalaman dan aktiviti penyimpanan rekod organisasi tersebut.
Juruaudit dalaman bertugas untuk mengkaji dan menilai operasi syarikat dan kakitangan dalam keberkesanan, kecekapan dan pematuhan kerja mereka terhadap standard prosedur operasi sesebuah syarikat. Antara skop kerja mereka adalah:
- Memastikan bahawa sistem perakaunan, kawalan dalaman (Internal Control) adalah mencukupi, berkesan dari segi reka bentuk dan operasi .
- Mencegah dan mengesan sebarang kesilapan atau penipuan di peringkat awal dengan membuat pemeriksaan harian yang berterusan terhadap akaun dan rekod.
- Memastikan bahawa syarikat sentiasa mematuhi undang-undang.
- Melindungi asset syarikat.
Juruaudit dalaman akan melaporkan secara terus kepada lembaga pengarah syarikat, tanpa melalui Chief Executive Officer atau mana-mana jabatan yang lain. Ini bertujuan supaya pasukan mereka bebas, adil dan tanpa kongkongan didalam melaporkan penilaian mereka.