MANAGEMENT ACCOUNTING

Management Accounting atau Perakaunan Pengurusan merupakan suatu proses mengenalpasti, mengukur, pengumpulan, analisis, penyediaan, tafsiran, dan komunikasi data kewangan yang digunakan oleh pihak pengurusan untuk merancang, menilai dan sebagai kawalan didalam sesebuah organisasi.

Ia adalah perakaunan yang digunakan untuk merancang, mengawal dan membuat keputusan didalam sesebuah organisasi.

Perakaunan Pengurusan memberi penekanan terhadap penyediaan maklumat kepada pihak dalaman (internal users) sesebuah organisasi yang mempunyai kuasa untuk mengarah, merancang dan mengawal operasi dan juga untuk membuat pelbagai keputusan.

Perakaunan Pengurusan berbeza daripada Perakaunan Kewangan (Financial Accounting) dimana Perakaunan Kewangan lebih terarah untuk meyampaikan maklumat kepada pihak yang diluar sesebuah organisasi, seperti pemiutang bank, badan kerajaan, pelabur dan pelbagai pihak berkepentingan melalui penyata kewangan (financial statement).

Sebagai rumusan, perbezaan Perakaunan Pengurusan dan Perakaunan Kewangan adalah seperti berikut:

Perakaunan Pengurusan Perakaunan Kewangan
1. Memberikan data untuk kegunaan pihak dalaman sesebuah organisasi. 1. Memberikan data untuk kegunaan pihak luar sesebuah organisasi.
2. Tidak dikawal selia atau mempunyai standard tertentu. 2. Mempunyai standard yang dikawal selia oleh International Accounting Standard Board (IASB).
3. Memberi penekanan terhadap tahap relevan dan fleksibilti sesebuah data. 3. Memberi penekanan kepada ketepatan dan tempoh masa (timely) sesebuah data.
4. Memberi penekanan kepada masa hadapan. 4. Memberi penekanan terhadap data masa yang telah berlalu.
5. Memberi penekanan terhadap keseluruhan dan dalaman entiti secara terperinci. 5. Memberi penekanan terhadap keseluruhan entiti sahaja.
6. Maklumat bergantung kepada disiplin ilmu yang lain seperti kewangan, ekonomi dan analisis operasi. 6. Maklumat selalunya bebas dan tersendiri.
7. Maklumat atau analisa yang didalam proses menjadi terakhir. 7. Adalah analisa yang terakhir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s